Takafulink Cerdik
Sediakan pendidikan sewajarnya untuk anak anda
Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda . Namun , kos pendidikan di Universiti yang samakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak kita tidak terjejas.
Apabila anda memilih Takaful Cerdik , anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.Bagaimana Pelan Takafulink Berfungsi Untuk Saya?
LINDUNGI MASA DEPAN PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP ANAK ANDA
Pelan Takaful Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda , tetapi ia juga amat fleksibel untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.Kini anda boleh memberi dua hadiah paling berharga untuk anak anda - pendidikan dan perlindungan - dalam kombinasi inovasi satu plan yang unik.
Manfaat Asas
KEMATIAN:
Jumlah dilindungi dan baki nilai didalam Akaun Unit Peserta ( PUA )*, Akaun Khas Individu ( ISA )** dan Akaun Unit Pelaburan ( IUA )*** akan dibayar jika berlaku kematian.* PUA adalah akaun di mana unut-unit diperuntukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar dan lebihan , dan / atau untung yang diperolehi.
** ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan dan lebihan, dan / atau untung yang diperolehi akan dibayar.
*** IUA adalah akaun gabungan di mana sumbangan manfaat tambahan Takaful Saver diperuntukan.
HILANG UPAYA PENUH DAN KEKAL ( HUPK ):
Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mangalami HUPK sebelum berusia 25 tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai IUA dan nilai ISA anda kekal di dalam akaun andaSekiranya anak anda meninggal dunia atau mengalami HUPK sebelum berusia 5 tahun, pembahagian jumlah dilindungi yang akan dibayar adalah seperti berikut.